Want your
own Fotopage?








 


By: Ibu Adam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Thursday, 26-Jun-2008 23:24 Email | Share | | Bookmark

Adam selepas bercukur.. buat kenduri aqiqah habis kepala botak
Senyuman menggoda ibu... umo 44 hari
Kerek seh muka...dlm bedung tu..
Nie gambo peberet abah... teethless !
botak pon ensem anak ibu nih...
macam ada masalah je... !
Senyum sampai telinga...
Senyum lagi...
Suka isap jari... ibu said "No finger"



Assalamualaikum,

Lama sungguh tak mengupdate fp nie. Lama gak tinggalkan dalam setahun lebih dah rasanya.

So, hari ini tetiba terasa nak menaip something kat fp nie. Untuk pengetahuan semua, selama menghilang nie...ada banyak perkara berlaku.. dan yang paling istimewa bila kehadiran permata hati Adam Miqael yg hadir di dunia ini pada 8 Februari 2008.






Nie time Adam umu 44 hari... first time outting ke Jusco tebrau beli stroller dia..


Care to comment?


Friday, 25-May-2007 16:22 Email | Share | | Bookmark
Happy 5th Wedding Anniversary


Quote:
A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.

A wedding anniversary is the celebration of love, trust, partnership, tolerance and tenacity. The order varies for any given year.

God, the best maker of all marriages, Combine your hearts into one. ~ William Shakespeare

Love is the greatest refreshment in life. ~ Pablo Picasso

There is nothing more admirable than two people who see eye-to-eye keeping house as man and wife, confounding their enemies, and delighting their friends. ~ Homer, 9th century B.C.

The secret to having a good marriage is to understand that marriage must be total, it must be permanent, and it must be equal. ~ Frank Pittman

Care to comment?


Thursday, 1-Feb-2007 10:45 Email | Share | | Bookmark
Bestnya cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

Assalamualaikum buat yang berkunjung my fp...

Awal tahun nie chenorms dah mula kerja semula... dan x de masa plak nak update fp... tiap2 malam ... dok mencuci mata kat fp kengkawan2 yang lain...
Hari nie sempena cuti thaipusam, hubby plak kerja... company dia tak amik cuti thaipusam nie... jadi dok sorang2 kat umah.... wahhhhhhhhhhhh best btol duduk umah .... ... kalau la boleh, memang malas btol nak kerja.... tapi itulah kehidupankan... Sejak dah bekerja nie, jarang btol ke dapur.. dapur dah tak berasap dah. So, hari nie sempat jugak la menjenguk kat dapur dan selongkar kat peti ais dan kabinet ... cari la apa yang ada untuk masak petang..
to my hubby... ini je yang mampu disediakan... ahaks...



Dan juga ini.....


Signs you hate your job: http://skorcareer.com/malaysia-eng/article-youhateyourjobwhen.htm

I pun terkena.
Tue 13-Mar-2007 07:58
Posted by:Mynie
wah... dah meleleh air liur ni... Wed 2-May-2007 14:07
Posted by:stROZze  - [Link]
Adakah anda ingin menjadi rakan niaga dgn syarikat gergasi Malaysia?
Sila layari http://aizan-tmbp.blogspot.com
Thu 15-May-2008 13:23
Posted by:aizan
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 20-Dec-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Cream Puff @ eclair

Cream Puff
 
eClair
View all 5 photos...
Dah lama rasanya tak update my FP. Nothing much to write or update for the past few days. Nothing interesting happened. Cuma dalam sebulan dua nie sibuk dengan rawatan di pakar O & G. Usaha nak dapatkan zuriat tapi nampaknya belum ada rezeki lagi. InsyaAllah, usaha akan diteruskan. Mungkin hari ini Dia belum nak bagi, esok lusa siapa tahu. Hanya Dia yang tahu. So frenz, doa-doakan chenorms di perbanyakkan rezeki... thank you everybody...



Cream Puff
Bahan-Bahan :
600 gm Air
225 gm Shortening
Sedikit Garam
340 gm Tepung Gandum
450 gm Telur

Cara-caranya :
1. Masak air bersama shortening sehingga mendidih.
2. Perlahankan api dan masukkan tepung.
3. Kacau adunan sampai tepung tidak lagi melekat pada kuali dan membulat.
4. Tutup api dan biarkan sejuk.
5. Pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan adunan tepung dan gaul sebati.
6. Paipkan dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 180'c selama 15 minit.

Pastry Cream
Bahan-Bahan :
2 cawan Fresh Milk
1/3 cawan Gula
3 Sudu besar Tepung Jagung
4 biji Kuning Telur
4 Subu besar Butter
1 tsp Vanila
Sedikit Garam

Cara-caranya :
1. Panaskan 1 cawan susu dgn api perlahan.
2. Campur 1 cwn lagi susu bersama garam, gula dan tepung jagung.
3. Angkat susu yg suam dan tuang kedalam campuran tpg jagung. Kacau rata.
4. Panaskan semula dgn api perlahan sehingga mendidih dan likat.
5. Angkat dan masukkan butter dan vanila. Kacau sehingga butter cair

Paipkan pastry cream ini ke dalam creampuff. Pastry cream ini juga boleh guna utk Fruit Tart.

Err...kalau order korang boleh hantar sampai Cyberjaya tak Brad? Kete kau kan laju macam jet fighter...so aku assume boleh la kot... Mon 25-Dec-2006 15:27
Posted by:Taty  - [Link]
rajinnyer buat cream puff
tgok cter dia cam senang jek..
tp nn tak pnah try skali pon
psst: Jom celebrate anniversary Nn In Da House
Mon 8-Jan-2007 07:12
Posted by:nn  - [Link]
Mak Aaaai....sodap..

PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP & PAKEJ KECANTIKAN MUKA/BADAN
Pelamin-MakeupArtist-PakaianPengantin-Persalinan-GubahanHantaran-Hiasan Kamar-Bunga Telur-Pintu Gerbang-Jurugambar

Facial -Sauna-Body Scrub-Body Milk Bath-Foot SPA-Mandi BungaSeriPEngantin-Jacuzzi-Body Whitening-WholeBodyMassage

Rawatan Resdung Traditional + Aromatheraphy

Jom Layari……
http://pengantinayu.fotopages.com
KaK AYU 016 2702624

Thu 25-Jan-2007 13:21
Posted by:Ayu-AnggunKreatif sureanggun@yahoo.com.my  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 22-Nov-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Bandar Hilir

Merenung apa tu ...? Tgk awek ke ?
Tahniah UPSR got a great result
Serasi bersama...
View all 9 photos...

Jalan-jalan kat depan A Famosa.




Hahahhaha... nie la paling seronok... dpt try free...
tak paham apa function alat tu...

bestnya jalan2 kat banda hilir... Sat 25-Nov-2006 03:02
Posted by:stROZze  - [Link]
hehehe.. syoknyer naik "kuda"...
hutan dia hok kita lalu tu OK ajer... tapi hok kita tok lalu tu paham-paham ajerlaa keje saper...
Sat 25-Nov-2006 07:02
Posted by:dR ali drali@miosh.net  - [Link]
Bandar hilir memang best.. lama dah tak pegi... rindu plak.. Wed 6-Dec-2006 14:15
Posted by:rossya  - [Link]
Add comment


Tuesday, 21-Nov-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
My Chubby Hubby



I love you simply because it's you.

huhhu..kacak nya budak nie...huhuhuu Tue 21-Nov-2006 09:00
Posted by:angelfire fadaly@hitachi-chem-johor.com.my
Kalau by gmuk sikit lagi kacak .....! Tue 21-Nov-2006 15:06
Posted by:chenorms adeque_78@yahoo.com  - [Link]
kacak ke benda....semalam cam gigola je Wed 22-Nov-2006 02:55
Posted by:FADILAH MOHD ZAIN docpgu3@sa-shipping.com.my
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 15-Nov-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lemak Cili Padi Version Negeri Sembilan



Hahaha dah siap makan baru snap... tu yg kurang dlm mangkuk tu...

Semalam buat lagi Nasi Ayam, mungkin hari tu buat sedap sgt.. then hubby suwoh buat lagik (hahahahahhahahahah masuk lift tekan sendiri nampak ). So ada ayam lebih kat lemari es tu.... masak utk tghari nie. Hubby plak x keje (demam ) so masak awal . Bila nak masak lemak cili padi nie teringatt kawan lama masa time blaja kat poly dulu.. Siti Marlia org nogori ... dulu dok kat Bangi time praktical hari hari dia masak lomak nie... dia kata org nogori mmg suke lomak cili padi... so sms kat dia tanya resepi.. iye lah dulu selalu tolong dia masak... tapi biasa manusia nie kan... lupa.. cam tu la manusia, ada kajian kata "Kalau ilmu yg kita belajar, dlm masa 21 hari kita tak praktikkan, kita akan lupa".
Hah tang lomak cili padi nie bukan 21 hari.. dah 7 thn tak practik... maklumla kita nie Johorean, jadi versi lomak nya lain. So, Chenorm's nak share dgn semua versi Nogori nih.

Ingredients :
1/2 ekor ayam kerat 8
2 btg serai
segenggam cili padi (Kalau x nak pedas, kurangkan sikit)
Sedikit kunyit basah (Serbuknya x mau aaa.. x sedap)
1 kotak kecil Santan M&S (Santan segere jek )
2 cawan air
garam dan serbuk perasa

Tumbuk cili padi hingga lumat (blender pon boleh, lg senang:-D ) dan ketuk bersama serai. Masuk semua yg ditumbuk dlm periuk dan ayam serta air. Masak sehingga ayam empuk kemudian bubuh santan, masak hingga mendidih dan letak garam dan ajinomoto. Kuah nya adjust sendiri erk nak banyak mana.

Lagi sedap kalau makan lauk lemak nie dgn sambal belacan... ummpppphhh mabelessss!!!


dah pandai masak lomak cuba lah wat masak gulai tempoyak Fri 17-Nov-2006 06:10
Posted by:FADILAH MOHD ZAIN docpgu3@sa-shipping.com.my
thanx 4 visit...perghhh....lauk feveret aku nih...ehehehehe Fri 17-Nov-2006 11:33
Posted by:apiq  - [Link]
update... Thu 3-May-2007 01:00
Posted by:mirasyeira sakai_raghi@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 14-Nov-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Pastry - Croissants

Croissant
Kiwi & Blueberry Danish
Croissant


Terpandang tepung roti separuh guni tak habis-habis lagik... terfikir plak nak wat pastry... pastry margerin pon ada lagik... kalau biarkan mmg expired...
Walaupun rupanya tak seindah macam kat bakery... tapi rasanya boleh tahan... hihihi

How I make my Croissant
Bahan:
450 gm High Protein Flour
8 gm Instant Yis
40 gm Sugar
200 gm Cool Water
1 egg
80 gm Butter
1 tsp Super Sponge
600 gm Pastry Margerin

Process:
1. Campur semua bahan-bahan kering. Masukkan air dan telur. Uli sehingga gula pasir tu hancur.
2. Masukkan Butter dan Super Sponge. Uli sampai doh kelihatan cantik.
3. Canai doh segi empat tepat.
4. Potong pastry margerin memanjang dan letakkan di atas doh. Lipat doh seperti buku
dan canai. Rehatkan 15 minit. Kemudian lipat timpa dan rehatkan 15 minit. Ulang proses lipat timpa 3 kali lagi dan boleh membentuk croisant atau danish.

Selamat mencuba.



Tips: Wat pastry nie 2 adunan sekali ke.. pastu potong2 segi empat or segi tiga.. pastu kita frozenkan je.. senang nanti lapo2 kita nyahbeku dan bakar jek makan dgn aiskrim... sodapppppppp

haduuuu x tahannnnnn...pandainyaa dia buat sendiri pastry...sungguh mulia hatimu kawan sekiranya dikau menepek gambo step by step yg dilakukan utk membuat tu...hahaha aci dak..manyak sedap lorrr...
psttt super sponge tu camna rupe dia ehh...
Wed 15-Nov-2006 06:08
Posted by:Nabialishad  - [Link]
TQ for reviewing my page

Super sponge tu samada Ovelet atau Quick 75.
Step2nya tu nak kena tunggu buat lagik sekali la...
Cuba rujuk kat fp zack
Wed 15-Nov-2006 07:03
Posted by:chenorms adeque_78@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 9-Nov-2006 11:18 Email | Share | | Bookmark
Jom Masak-masak - Nasi Ayam




First time nak masak nasi ayam sendiri.. b4 nie tolong-tolong auntie dan mertua je masak. Tu pun x betul2 perhati cam ner masak nasi ayam... Semalam gie pasar tgk salad segar2 .. then terpikir nasi ayam... so , ini la hasilnya... Percubaan pertama nampaknya berhasil.... sedapppp !

Tima kasih kak Liza.. resepi ikut kat fp Kak Liza..tapi saya modified ikut kebiasaan yg family buat.

NASI AYAM - (Utk 2 Orang makan)

Bahan
5 - 6 ketul Ayam
2 pot beras
3 ulas bawang putih[ketuk]
1 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 s/b kicap cair
1 helai daun pandan[disimpulkan]

Sayuran
Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang[racik]
bawang goreng
garam secukupnya

Sos Cili
5 biji cili merah
1ulas bawang putih
1s/b cuka atau jus limau nipis
1 s/b gula
1-2 s/b Sos Thai Kimball


Cara-cara memasak :
1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan halia, b/putih, k/manis, b/lawang, b/cengkih dan b/pelaga.
2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan gorengkan dalam minyak hingga nampak garing.
4. Ambil 21/2 pot rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendidih. Tambah sikit lagi air utk membykkan sup dan tambah perasa.
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Renehkan hingga mendidih dlm periuk dan tambah sos Thai Kimball. Bubuh perasa.
7. Sayur dipotong kecil.
8. Ayam dipotong kecil.
9. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.


Jauh nak hantar tu...
hahaahha
Mon 13-Nov-2006 00:45
Posted by:chenorms adeque_78@yahoo.com
wahhhh..sedapnyaaa.....
kakliza nak amsak nasi ayam ni asik ebrtangguh jer sebab dok p open house jer tak henti2 lagi..
Wed 15-Nov-2006 05:17
Posted by:hanieliza  - [Link]
Welcome to my fp kak Liza... Nasi ayam tu resepi akak lew..
Sejak berkenalan dgn fp akak... teruja nak ke dapur jek.. hahahha
Tapi penyakit M tu selalu mai...
Wed 15-Nov-2006 05:56
Posted by:chenorms adeque_78@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 8-Nov-2006 21:11 Email | Share | | Bookmark
Jom masak-masak - Pasta




Hari ini cuba buat Prawn Olio. Hubby suka sangat makan spagetthi nie kat Pizza Hut. Jadi puas la meng'google' kat net... akhirnya dapat juga resepinya. Kalau ikutkan resepi asal pakai spagetthi, tapi kat dapur masih ada baki Fettuchi, jadi guna je apa yang ada. Sedap gak rasanya ( cewah!, masak sendiri puji sendiri... hehehehe ). Kata hubby, ada iras-iras cam Pizza Hut la... tapi chenorms rasa macam kurang bawang putih goreng jek... second time nanti dah boleh adjust resepi tu....

Ingredients :
1 lb spaghetti, pasta (uncooked)
3 teaspoons salt
1/2 cup reserved pasta water
7 tablespoons extra-virgin olive oil, divided
4 tablespoons fresh minced garlic, divided
1 teaspoon dried red pepper flakes
1/4 cup chopped parsley
2 teaspoons fresh lemon juice
1/2 cup grated parmesan cheese
salt and black pepper
250gm Prawn

1. Bring about 5 quarts of water to a boil with 3 teaspoons salt; add in the spaghetti and cook only until firm-tender; drain but RESERVE 1/2 cup pasta water.
2. Start this when you are boiling the pasta; Heat about 4 tablespoons olive oil over medium-low heat in a skillet.
4. Add in 3 tablespoons garlic and about 1/2 teaspoon salt with black pepper to taste; saute stirring often until the garlic is light brown (about 6-8 minutes) remove from heat and stir in the remaining prawn, 1 tablespoon minced garlic, crushed red pepper flakes, parsley, lemon juice and about 2 tablespoons of pasta cooking water; mix to combine.
5. Transfer the drained pasta to a large serving bowl; toss with remaining 3 tablespoons olive oil and the remaining reserved cooking water.
6. Add in the garlic mixture; toss well to combine.
7. Season with more black pepper and salt to taste if desired.
8. Serve immediately with grated Parmesan cheese.

Delicious!

tq for the recipe! Tue 27-Nov-2007 22:10
Posted by:kc  - [Link]
tenkiu! i dah lama cari resepi ni sbb mmg fav kalo pi pizza hut tu, tq! Mon 18-Feb-2008 10:51
Posted by:isz
TQVM for de recipe. Dah lama I cari recipe Prawn Olio, dah cari dlm internet tp tak jumpa. Prawn olio ni my favourite. Kalau ke Pizza Hut mesti order Prawn Olio. Sun 30-Mar-2008 16:19
Posted by:marliya
Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.